Click here for Myspace Layouts

Pages

Sayang Mereka

JOm Klik SeSame. TenGok Apa Yg Ader

Tuesday, November 29, 2011

Teringin nak bela kuicng warna kelabu





Puas bela kucing warna hitam. Bosan. Asyik-asyik hitam jew. Sekarang dah ada 3 ekor kucing hitam. Teringin sangat nak bela kucing warna kelabu. Bila lah agaknya kucing aku ni nak beranak kucing warna kelabu pulak?
Comel pulak tengok kucing warna kelabu. Lain dari yang lain. ^-^. 








Beberapa hari lalu singgah kat kedai haiwan. Ada kucing persia warna kelabu. Cantik sangat. Bulu kuicng tuh kembang. nak beli mahal. -.-.
Lagi satu terfikir jugak dari beli kucing mahal-mahal baik aku amik kucing tepi jalan yang tak bertuan. kesian mereka tak ada tempat menumpang kasih. =)





#saya nak bela kucing warna kelabu! 


love cats..
Nora.s

Thursday, November 24, 2011

i really miss him.

Rindu sangat kat dia. tak sabar nak balik rumah nak peluk dia ketat-ketat. ^_^









#lambatnya SOL nak besar. tak sabar tunggu. heee -.-




rindu mereka jugak! <3
love cats. PEACE!.

Kucing boleh bercakap

^_^ comel.lawak.



love cats.
N.S.

Konspirasi kucing untuk bunuh manusia

Wow. Tajuk macam da gempaq. Konspirasi kucing untuk bunuh manusia?.Biar benar?
Aku dah pernah baca pasal hal ni tak lama dulu.Teringin nak share kat sini. Google punye google akhirnya jumpe balik. Cerita ni sangat menghiburkan. -.-

Jumpe kat blog e.sempoi. >>>>>>>>>>kucing boleh bunuh korang


"berhati-hati jika kucing anda mempunyai tanda-tanda seperti dibawah."





* okay yang ini memang selalu lah aku nampak kucing aku buat. tapi mereka mengorek pasir sebagai latihan menimbus mayat kew? potensi betol kucing aku ni.



*Dah nama pun kucing memanglah manja kan. Tapi ada jugak kucing yang tak bermanja-manja dengan tuannya. Terutamanya kucing-kucing yang serius dan tak suka dipegang. Kucing aku adalah dalam dua tiga ekor yang boleh nak manja-manja. Yang lain macam haram. tak suke kena pegang. time aku bagi makan jew dorang buat muka baik.


*Alamak ini memang ada. Ada seekor kucing aku yang kekadang memang berani kacau aku tidur. tapi kucing tuh dah tak ade. Hayat tak panjang.






 *Rasa kelakar baca gelagat kucing diatas. Pandai jew penulis tuh buat lawak. Mengikut pengalaman aku, kucing aku memang ada bawa balik bangkai tikus. Hebat. Memang nampak lah kucing aku ini nak showoff kat tuannya. Kononnya hebat bawak balik bangkai tikus tapi mungkinkah sebagai amaran? Tak boleh bla. HAHA.








*kucing aku ni tak lah sampai tidur atas lappy aku tapi dia memang suka lah pijak-pijak keyboard lappy aku ni. ha petanda apa? tak bagi aku online? halang aku berkomunikasi dengan dunia luar? boleh jadi jugak. -.-






*nampak tak kucing aku? haha. dia lah gelap. menyorok tempat gelap. mungkinkah mengkaji sesuatu? mencari peluang untuk bertindak? ^_^




* ada hati kucing aku nak buat konspirasi bunuh aku. Pijak kau kang terus bam tanah tau. kahkah. (gurau jew) :P




sumber : e.sempoi.com


Love, 
Nora.Silah

Sunday, November 20, 2011

Dilema kucing jalanan


Setiap kucing mempunyai kisah hidup yang tersendiri.Kucing dari baka yang baik-baik seperti parsi mungkin mempunyai kisah hidup yang bahagia. Barangkali mereka dibeli dengan harga yang mahal oleh tuan mereka dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Mereka sangat beruntung. Tidak kisah lah kucing parsi ke tidak asalkan mereka mempunyai pembelai yang setia pasti hidup mereka sangat indah.


Tapi bagaimana pula kucing-kucing jalanan? Hidup mereka pasti tidak seindah kucing-kucing yang mempunyai pembelai setia yang bergelar manusia. Mereka hidup merempat ditepi jalan. Tempat tidur mereka tidak tetap. Setiap kali hujan turun, mereka terpaksa berlari dan berlindung di tempat yang teduh. Mereka tidak seperti kucing-kucing mahal anda yang mungkin mempunyai tempat tidur yang tersedia untuk berlindung dari hujan.


Mereka juga tidak mempunyai pencarian rezeki yang tetap seperti kucing-kucing manja anda. Mereka terpaksa berhempas pulas mencari rezeki. Jika bernasib baik, mereka dapat mencuri seekor ikan untuk dijadikan santapan istimewa. Kadang kala jika terlalu lapar mereka tidak segan silu menyelongkar tong-tong sampah yang ada untuk mencari sesuap nasi. Kasihan kan mereka? 


Mereka juga tidak segan silu untuk meraih simpati dari manusia. Jika anda sedang makan disebuah warung kedai makan,anda mungkin akan didatangi kucing-kucing ini yang meminta simpati anda untuk diberikan secebis daging atau sisa makanan anda.Pasti anda pernah mempunyai pengalaman ini bukan?. manusia yang baik hati pasti akan menghulurkan sedikit makanan. walaupun hanya sedikit tahukah anda kuicng-kucing ini sangat bersyukur? -.-




Kesihatan mereka tidaklah sebaik kucing-kucing anda. Kucing-kucing mahal anda jika sakit akan dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Tapi bagaimana dengan kucing-kucing jalanan ini? Mereka memang mudah dijangkiti penyakit dan terpaksa menahan sakit untuk menempuh hari demi hari. Mereka tidak perlukan doktor atau ubat-ubatan. Selagi mereka mampu dan terdaya mereka akan terus berjuang mneruskan sisa-sisa hidup mereka.




Hargailah kucing tidak kiralah sama ada mereka dari golongan berada atau kurang bernasib baik. buat baik pasti akan dibalas baik. ^-^.
sayangi kucing.


Love,
Nora.S        
PEACE

Tuesday, November 8, 2011

Bila Kucing jadi makanan

Assalammualaikum w.b.t. Heylo. 


Kucing jadi makanan. Whats? Negara China merupakan penjual dan pembekal daging terbesar. Astagfirullalzim.. Bukankah kucing peneman setia manusia? dijadikan makanan pulak?. KEJAM!.
Sampai hati mereka makan haiwan kesayangan Nabi ini. Sudahlah comel. why is this happen.? i dont knw why Chinese ( in China obviously ) are lack of sense of humanity. Actually mereka ini bukan sekadar makan kucing sahaja tapi makan anjing juga. Apa hal lah pelik sangat. Makanlah ikan ke? Ayam tuh ha. Banyak je bersepah-sepah kat sini. Ke makan Khinzir panggang ke? Ini makan kucing.. Haish.. -.- Dah berkurun lama sudah mereka makan daging kucing ini. Sungguh mereka ini memang tak ada perasaan. : (

Lihat la gambar dibawah. Awas kepada peminat kucing yang melihat gambar ini. Bersabar sahaja yang mampu  =(
kecian nya







#hentikan kekejaman terhadap kucing. mereka berhak hidup bahagia

Love,
Nora.s
Peace  

Sunday, November 6, 2011

Caboodle ranch,cats sanctuary

Caboodle Ranch,cat sanctuary created by Craig Grant in 2003 that is located Ponte Vedra Beach, Florida. It is now home to over 500 happy cats.Caboodle Ranch is now a permanent sanctuary for cats who have been kicked around by heartless people. 
There are many sad stories between all the cats that Craig had taken in. Some almost starved to death, some of them wounded strays.




Thanks to the creator and onwer of coboodle ranch, Craig for made a cat sanctuary for cats to live happily. 
^_^



some cats in the caboodle ranch -.-





However, Caboodle Ranch are claimed by people as a place that are no more safe for cats. The number of cats live there increase as Craig non stop take cats to adopt and they are not receiving proper care and finally die because of infection and disease. 

I'm my self not so sure the argument story of caboodle ranch. Some people defense the sanctuary cats are safe place for cats and Craig such a wonderful man whose had made it. While some others saying that the cats are not more safe as they had less proper care and many cats died because of infection, diseases and so on.
Here are facebook that people claimed that Caboodle Ranch is not safe place for cats.
Save the kittens


Are those cats truly suffering because there was no proper care? or it is normal thing that cats fall sick??





If it is proven that the place is no more safe for cats, the best solution could be placed all the cats to another safe place and give them protection of infection and treated. They deserves to live well. 

Love,
Nora.s
Peace 

Friday, November 4, 2011

Baca horoskop tak diterima solatnya selama 40 hari




Assalammualaikum wbt. 


Harini nak ceritakan pasal amalan membaca horoskop. Ha tahu tak kalau baca horoskop solat kita tak diterima selama 40 hari 40 malam. Masa mula-mula aku mendengarnya pun terkejut tapi inilah kebenarannya. Baca sekadar suka-suka pun tak boleh pasal suka-suka boleh menyebabkan kita terpengaruh dan ada yang sampai melanggan horoskop harian melalui telefon bimbit atau emel dan lain-lain.


Beberapa tahun lepas aku pernah dapat emel pasal baca horoskop ni solatnya memang tak diterima 40hari. Kalau nak kongsikan kan sini rasaya panjang lebar pulak entry aku ni kang.^_^
Topik pasal amalan baca horoskop ini memang ada pernah keluar dalam tv dalam program rancangan Halaqah. Entah tahun bila tak pasti pulak aku.
Walau apa-apa pun nak berpesan kepada kawan-kawan yang masih lagi tak tahu pasal hal ni. Jangan la baca horoskop. Memang mengundang padah.


Mengikut pengiraan aku lah kan. tuh tengok bawah.:
Kalau da baca horoskop sekali maksudnya solat selama 40 hari tak diterima.
Satu hari = 5 Solat. 40 hari bersamaan dengan 200 solat. (40 x 5 = 200)
200 solat tak diterima. Banyak tak? Tinggal satu solat bersamaan 80 hari tahun di neraka. Satu hari kat neraka bersamaan dengan 1000 tahun didunia.
okay seterusnya kiralah sendiri. (-.-)


#jangan baca horoskop lagi.
#peringatan bersama


love,
norasilah

Praise To Allah SWT




Assalammualaikum wbt


Alhamdulillah. Praise to Allah. :) Hari ini 4 November 2011 adalah hari yang cukup mendebarkan. HAHA. Pasai apo? Pasai result exam keluar hari ini.
Not as i expected actually but Alhamdulilah bersyukur masih lagi berada dalam lingkungan DL walaupun resultku tidaklah 4 rata sem ini. heee :)  Aiseh.Tak apa. Masih ada satu sem tinggal untuk buat habis baik lagi.


Terima kasih pada mak ayah tercinta, sahabat-sahabat tersayang dan tak lupa kepada pensyarah-pensyarah  yang tak jemu-jemu mengajar.
Tahniah buat sahabat-sahabatku yang berjaya. kekalkan pencapaian anda. Buat sahabat-sahabat tersayang terutamanya Jeera Rina , Ain Aries, Yaya Yem, Dyla Ahmad, Ajuman Husham dan Wunny  Yusuf teruskan usaha dan berjuang dapatkan apa yang anda mahu.








Aja-Aja fighting. PeACe.




Love,
Nora S.