Click here for Myspace Layouts

Pages

Sayang Mereka

JOm Klik SeSame. TenGok Apa Yg Ader

Tuesday, December 13, 2011

rantai kucing





Salam w.b.t
siamese-cat-with-a-necklace
amboi kelas kau maria. cantik rantai kau heee


Heylo. Beberapa hari lepas aku baru sahaja jengok-jengok rantai kucing. Mahal pulak dah. Harga satu rantai sahaja sudah mencecah RM9.90. Pergh. Ini rantai kucing yang gantung kat leher tuh je tau. Biar strawberry betol. Baik aku pergi beli makanan kucing. Ke beli shampoo atau bedak kucing ke. Berbaloi jugak. Tak ada lah cantik mana pun aku tengok rantai kucing tuh. Tak ada pulak sampai berkilat menyerlah bagai. Biasa je aku tengok rantai kucing tuh.


biasa je rantai dia tapi comel dia pakai
Cis bila aku mintak kurang, kedekot betol. Kurang 90sen je. So, harga rantai kucing tuh satu RM9. Damn lah. Rantai kucing je kot. Kucing aku dah lah ada 6 ekor. Tolak seekor sebab dah hilang so, tinggal 5 ekor kucing.
5 ekor kucing = 5 leher kucing lah kan. So, kene beli 5 rantai kucing x RM9 = RM45. 
Pergh. Betol ke aku kira ni. Hahah. MAHAL. Aku pun pulang dengan perasaan hampa. kecian kucing aku tak dapat rantai kucing. =(  what the fish!



Next, keesokan hari aku teruskan misi cari rantai kucing. Ada satu kedai ini jual RM6. Murah dari semalam. tapi hanya ada satu. aku pun beli lah satu. warna coklat. biasa aja rupanya. rantai kucing tuh aku bagi kucing aku nama Panjang pakai.


Then, tak lama lepas tuh aku pergi lah ke kedai kucing menemani sahabat ku yang ingin menbeli rabbit. Kebetulan kat situ ada jual rantai kucing harga RM8. Aku pun beli lah lah dua iaitu warna biru dan kuning.
sapa dapat warna kuning? sapa dapat warna biru?


sol dapat rantai biru


Sham A.K.A Tam dapat warna kuning
okay.okay.okay. 3 ekor kucing sudah ada ranta kucing masing-masing? lagi dua ekor mana? tak ada. =(
mahal lah nak beli banyak. kecian lagi dua ekor. Hahah. tapi nasib mereka baik sebab aku jumpa rantai kucing murah giler-giler time jejalan kat melaka. sedang aku berjalan-jalan di joker walk kat melaka aku ternampak ada lah sorang mamat melayu ini jual rantai kucing satu bersamaan RM2. aiseh!!!..
damn murah giler lah. menarik sangat-sangat. rantai kucing siap ada nama club bola feveret aku lagi. lihat,lihat,lihat.(nak cari club real madrid tak jumpa pulak ( ^_^)


wuuu. tak sabar nak sarungkan rantai ini pada kucing aku yang lagi dua ekor tuh. ^_^.
alhamdulilah. kucing aku dah ada rantai kucing masing-masing. anda? heeee

love cats
nora,s

Friday, December 9, 2011

kucing kelabu kepunyaan jiran belakang rumah



Sebelum ini aku ada cakapkan nak kucing warna kelabu. Hah beberapa hari lepas aku nampak kucing warna kelabu belakang rumah. Comel sangat. 
Kucing tuh mengiau-giau.Lapar kot. Kat rumah sewa aku ini memang tak ada makanan kucing. Aku bagi makan roti kering jew. Tapi kecian pulak.

Aku pun bukak lah peti ais. Tengok-tengok ada ikan mentah.aku pun apa lagi, potonglah kepala ikan tuh. Alangkah gelojohnya dapat makan ikan. huhu.Bulunya bersih dan aku rasa memang kucing tuh memang ada tuannya. geram sangat. comel. -.-
Ingat nak amik bela je tapi orang punyer lah pulak. Jiran belakang rumah punya kucing kot sebab kucing tuh aku nampak asyik keluar masuk rumah tuh je. Tapi kucing kelabu tuh tak sombong pun. Peramah lagi. Mesra dan jinak. ^-^


Tak lah secomel kucing-kucing mahal kat luar sana tapi not bad la. Comel ape. Bulu warna kelabu mata warna kuning. Wow. Tak tahu apa nama kucing ini tapi aku panggil die abu je lah. Abu nama singkat dari warna 'kelabu'.

miau-miau ^_^
Bukan abu aje yang aku jumpe tau, ada seekor lagi kucing. Macam adik beradik je. Bulu die ade warna kelabu jugak tapi yang seekor ini special sikit. pasai apo? pasai die COMOT. Bulu die campur-campur warna.hah tengok tuh.muke die memang style habih. =)



poker face
Baguslah kalau kucing-kucing ini dah ada tuan. Maknanya mereka tak lah hidup merempat macam kucing-kucing lain kat luar sana. Bulu mereka pun bersih. comel lah mereka. Geram! =)


Love nora.s,
Peace.Love Cats.