Click here for Myspace Layouts

Pages

Sayang Mereka

JOm Klik SeSame. TenGok Apa Yg Ader

Friday, November 4, 2011

Pengembaraan kucing mencari tuannya

Assalammualaikum. Hm pernah dengar tak kisah pegembaraan kucing mencari tuannya. Kucing sangat bijak dan ada deria bau yang sangat kuat. 


Gambar hiasan. hehe.
Alkisahnya ada seekor kucing betina berwarna coklat dan nama manjanya ialah Lat. Itu adalah kucing pertama yang aku bela. Lat aku bela masa dari kecil lagi. Tak ingat umur berapa aku bela mungkin masa darjah satu kot.(7tahun)
Pada usiaku 10 tahun, aku dan keluarga berpindah ke sebuah kawasan rumah lain. Kucing-kucing sume diangkut sekali ke rumah baru termasuklah Lat.
Masa dirumah baru, ibuku sudah tidak mahu lagi membela Lat sebab kucing dah banyak sangat. Lat kan kucing betina nanti dia beranak lagi.


Dengan berat hati yang teramat ibuku membuang Lat di kawasan pasar ikan dengan harapan Lat mampu untuk mencari rezeki disana. Maklumlah kan pasar banyak ikan.
Sedih sangat waktu tu. Lat kucing yang baik dan manja .Dalam banyak kucing yang aku bela rasanya Lat la yang memang understanding. eh boley pulak macam tuh ek. serius. Lat suka datang tidur sebelah aku.
Lat dah tak ade. Aku terfikir macam mane lah hidup Lat agaknya.Tapi semiggu lepas itu, Lat kembali ke rumah. Dia mengiau2 depan rumah. wow sungguh tak aku sangka hebat Lat cari jalan pulang. Sudah la tuh rumah baru. Pandai cari jalan balik. :)


Mak dan ayah aku pun terkejut. Nak buat macam mana kan da kucing bijak.ayah dan mak tak buang Lat lagi. Lepas tuh Lat aku bela hingga la saat-saat terakhirnya. Lat mati sebab da tua. :(
Kucing memang bijak dan ada deria bau yang kuat sebab tuhlah boley cari jalan pulang. Namun cerita aku ini tak setanding kucing bernama Clyde yang mengembara beribu-ribu kilometer selama 3tahun untuk mencari tuannya. (^_^)


clyde




LOve, 
NOrAsIlAh
PEaCE YaW,

2 comments: