Click here for Myspace Layouts

Pages

Sayang Mereka

JOm Klik SeSame. TenGok Apa Yg Ader

Monday, February 27, 2012

rumah batik


بسم الله الرحمن الرحيم 
salam w.b.t

Rasa mcm dah lama je tak hapdate blog. Aku sibuk sangat dengan perkara dunia- dunia ni jadi memang tak sempat lah nak hapdate hape hape. tapi alhamdulilah hari ni sambil-sambil buat aseimen ni adalah mood sikit nak hapdate blog. 

Aku nak bercerita pasal kisah kucing aku yang baru je aku adopt. tak lain tak bukan kisah batik dan anak-anak lagi. hehe. sekarang mereka dah ada rumah sendiri tau. lawak lah. rumah mereka tuh dah macam reban ayam pun hado. asalnya nak bela arnab dan nak letak arnab dlm rumah tuh. tapi alih-alih bagi batik je sebab dia lebih memerlukan.

ini lah rumah batik dan anak-anak sekarang
batik dan anak-anak (toress dan kaka) sihat-sihat je. sekarang mereka masih lagi dalam proses bersuai kenal dgn kucing2 lain kat rumah tuh. hmm suasana agak dingin lah jugak mungkin kucing2 kat rumah tuh terkejut ada kehadiran orang baru lah katakan. batik pun boleh tahan jugak garang nya. aisehh.

kucing aku lebih2 lagi si panjang (ada entry pasal dia) a.k.a gengser taman memang asik nak cari pasal je kerja nya. mungkin jeles kot ada orang baru dlm kwasan dia..
hope batik, toress dan kaka boleh baik-baik lah dgn kucing-kucing lain kat rumah tuh. hopefully.. mak cakap mula-mula biasa. cuba lama-lama nanti.

Batik nampak selesa kat tempat baru

#suka tgk budak-budak kecik ni main-main :)



hopefully batik, toress dan kaka selesa lah dengan rumah baru yg mereka dapat tuh.
tak lupa terima kasih lah ayah sebab bagi batik rumah tuh walau pun pada asalnya nak letak arnab yang dia nak beli. hehe
sekarang aku dah berada di rumah sewa aku. apa kabar lah ye kucing-kucing semua. terima kasih lah jugak kat mak sebab tolong jaga dorang sekali. hehe <3

*btw, kucing aku nama ##Ling baru aje beranak. anak nya 3 ekor. tak tahu nak bagi nama apa. hehee..


Love,
NoraSilah
PeacE Yaw ^_^


Wednesday, February 15, 2012

BaTiK DaN AnAk-AnAkNya

Salam w.b.t




Ingat lagi tak kucing nama batik ini? ha dia kucing yang aku yang selalu datang rumah sewaku dan kemudian terjumpa masa jejalan kat kampus dulu sebab ada orang buang dia situ. Aku ada buat entry pasal dia .Batik.   Alkisahnya kawan aku cakap batik dan anak-anak ada sekarang ada dekat bangunan sl (blok kuliah). Kesian.
Jadi semalam lepas habis kelas, aku pun menuju ke bangunan yang dimaksudkan tuh. Cari punya cari tak jumpa pun. Tanya orang-orang kat situ kot kot ada jumpa kucing dalam kotak dan anak-anaknya. Tapi hampeh mereka tak tahu jugak. 
Lepas tuh tetiba aku nampak batik. Dia duduk depan kelas orang. Kesian sangat. Tak ada siapa pedulikan dia pasal semua kelam kabut pergi kelas. Maklumlah masa tuh da pukul 2 something which is waktu puncak student pergi kelas. ^_^
comel tak dia? saya bagi dia nama torres (anak batik)
Aku pun amik lah batik menuju ke kereta dan bagi makan whiskies sambil ditemani sahabatku. Then, aku pergi balik tempat kejadian cari anak-anak batik tapi tak jumpa pun. beberapa kali gak lah aku pusing2 blok tuh. Then, aku pergi ke tempat yang aku jumpa batik tadi. Seorang ibu mesti tak tinggalkan anak jauh-jauh.


Nama dia KAKA
Alhamdulilah akhirnya aku jumpa!. bukan dalam kotak okay. tapi dalam rak-rak student letak beg. itupun macam mana aku terpandang mereka. yeahhh.
Then, aku bawak 2 ekor anak kucen dan ibu nya balik rumah. yahhhoooo ;)
sedap anak dia landing hahha
macam kembar





..../\„,„./\ 
...( =';'= )
.../*♥♥*\ 
.(.|.|..|.|.)


love, 
norasilah,
PeaCe YaW,,

Tuesday, February 14, 2012

PerSinGGaHaN SeeKoR KuCiNG

Salam w.b.t


miau miau
Masa aku menetap di kolej (asrama ) dulu ada seekor kucing ni suka sangat datang bilik aku. Mungkin sebab bilik aku ini tingkat satu jadi dia pun selalu lah datang. Dia seekor kucing betina yang sedang bunting. Bulu dia bersih je. Agaknya dia sedang mencari tempat untuk beranak kot. Dia jinak tapi kekadang tuh garang pulak. biasalah tuh. Tengah pregnant kan. 


buncit perut dia. bunting ni.


menyeludup masuk. bhahaha


suka suka je dia nak masuk bilik kita kan. haha. apa cerita lah dia sekarang ye. apa-apa pun sempat snap beberapa gambar dia. (^_^)


..../\„,„./\ 
...( =';'= )
.../*♥♥*\ 
.(.|.|..|.|.)
Love,
norasilah
peace yaw

Sunday, February 12, 2012

KucIng BerLakon KenA TeMBak




* kenapa dia sangat comel ni. gerammmmm GRRR






Love,
norAsilah :)

Sunday, February 5, 2012

KoPeral Garfield






# In memory Koperal Garfield. Rest in Peace Yaw.


Love,
NOraSilah.
Peace Yaw

Wednesday, February 1, 2012

AnAK KuCiNg HuTaN


Salam w.b.t
Aloha.


Alkisahnya dulu aku ada terjumpa kucing hutan ini. Comel gila. Bulu cantik sangat. Kisah ini bermula disuatu senja aku terdengar bunyi kucing yang sangat pelik. Bunyi suara kucing tuh macam dia sakit tekak. (serius tak tipu). Macam bunyi kucing sakit kena langgar pun ada. Aku pun terintai-intai cari mana datang bunyi. Then, terjumpa anak kucing ni ngah jejalan sambil mengiau giau. Bulu dia cantik. Memang sah lah kucing hutan.


Nak ambil tapi dia liar sangat. Berterabur dia lari bila aku datang dekat. Aku pun lupakan jelah hasrat dihati nak ambil dia. Then, malam tuh pukul 2 pagi. Aku terjaga dari tidur dengar bunyi kucing tuh lagi. Aku pun berani kan diri keluar pergi cari kucing tuh. Belakang rumah aku ada hutan kelapa sawit. Kucing hutan tuh datang nya dari situ lah. Aku senyap-senyap pergi kat tepi hutan cari dia. Kol 2 pagi kot. Gila. Masa pergi tak fikir cuak ke hape kan. Lagi pun masa tuh kucing aku pun ada sibuk mengikut.


Lawa kan bulu dia.
Then, tetiba kucing hutan tuh datang. Kucing hutan tuh pergi kat kucing aku. Aku pun apa lagi tangkap dia bawak balik rumah. hehe. Then mak aku bangun, tak pasal-pasal aku kena marah. haha. Tapi reda lah marahnya sebab aku berjaya bawak si comel tuh. kwang kwang. Dia dari kucing yang lain. Tak makan whiskies2 ni. Dia makan buah limau tau. Then bagi makan ayam mentah. yelah dia kan kucing hutan. 


Esok hantar pergi kedai haiwan. Kena ada lesen tau nak bela dia. Tapi akhirnya lepaskan dia kat hutan balik. Sebab orang kedai haiwan tuh cakap dia tak sesuai habitat macam kucing yang lain ni. dibelai dimanja. Dia liar. Nanti dia boley mati. Kalau bela dia dari baby tak apa. Then hantar dia kat hutan balik. So, sad. :(


Comel dia. Geram
# Macamlah agaknya dia sekarang. entah hidup ke tak. :)


Love, 
NoRaSiLaH
PeACe YaW,,,,