Click here for Myspace Layouts

Pages

Sayang Mereka

JOm Klik SeSame. TenGok Apa Yg Ader

Thursday, April 26, 2012

Miau Saya


.بسم الله الرحمن الرحيم


Salam w.b.t


hai.jom tengok miau kita makan petang. ada empat ekor je. kucing lain tak ada kat rumah. mereka pergi jejalan kat taman. heee :)


ling,bonzer,torres,kecik



comel tak miau sy yang bawah ni.???


bukak sebelah mata je ek? bhahahah ( nama sol )



miau miau lain akan menyusul kemudian ye. hihi. bai. :)

Love,
nora silah
peace yaw :)

Wednesday, April 11, 2012

Kucing Bounzer


.بسم الله الرحمن الرحيم


salam w.b.t.
alhamdulilah. malas malas pun akhirnya menghadap jugak depan laptop ni nak menghupdate pasal kisah kucing kt rumah ni. walaupun mungkin tak ada org nak baca nak hupdate gak. hihi
harini kecoh pasal gempa bumi yang berlaku kat acheh dengan tak silap rasanya dalam 8.9 skala richter. boleh tahan kuat tuh. kat malaysia ni pun ada rasa tempiasnya. beberapa amaran tsunami pun dah dikeluarkan. ha aku dok kat PD ni pun orang dok cakap mungkin ada tempias-tempias nya nanti. tak tahu lah. semua ketentuan Allah S.W.T. yang penting kita berdoa dan beristigfar. astagfirulah. mungkin ini peringatan untuk kita kan. ada yang buat tak tahu , tak ambil kisah. ada yang terus insaf dan ada pulak yang insaf sekejap. marilah kita renungkan bersama. :)


okay tamat kisah gempa bumi. apa yang baik kita jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan. kisah yang aku dok habaq dari tadi pasal seekor kucing kat rumah aku. hmm kucing ni bukan kucing aku. tapi kucing datang. kecik lagi kucing ni. baru beberapa pulan je. comel je tapi mulut bising. huhu. pandai pulak mintak makan. duduk kat rumah ni buat mcm rumah sendiri. hahah. memang ada kucing mcm ni okay. kucing ni dtg rumah beberapa hari lepas. menumpang makan agaknya. kecian. ini lah dia. :)




tak tahu nak bagi dia nama apa. tapi panggil dia bounzer je. hihi. sebab dia ni mulut bukan main bising lagi. pastu tak padan dgn kecik nak menampar kucing lain. hihi. otai gak lah dia.


tak tahu malu buat umah orang mcm rumah sendiri. ha ini lah dia. hihi.


ha yang gambar kat bawah tuh bukan bounzer k. ini memang kucing rumah ni. baru je lahir. kecik je tuh. mentang mentang dah pandai berjalan makin jauh dia jalan.hihi. nama dia tak ada. hahaha. tak tahu nak letak nama apa. :)




Love,
norasilah,
PeaCE Yaw..



Wednesday, April 4, 2012

tamat lah kisah si gengster taman

 .بسم الله الرحمن الرحيم

salam w.b.t
alhamdulilah. setelah sekian lama harini berkesempatan untuk menghupdate blog yg tak seberapa ni. maklum lah busy dengan final exam. alhamdulilah semua nya dah berakhir. sekarang sudah berada di rumah dan ada byk masa untuk diluangkan bersama famili dan ternakan ;)
 
seronok berada di rumah lagi time cuti pjng mcm ni. plan nak buat mcm2. teringin nak kerja tapi kerja apa je. tgk lah nanti. okay disebalik kegembiraan menyambut kemerdekaan bebas dari exam ni ada jugak berita sedih. tsk tsk tsk :(
 
Panjang
ingat tak pada kucing aku yg bernama panjang a.k.a gengster taman? ada post entry pasal dia dulu. panjang kucing jantan yg paling tua selepas putih. sebelum ni putih dah matu dan sekrang tiba lah masa nya panjang. kucing2 lama-lama ni semua dah tak ada. tinggal yg kecik kecik je. 
 
panjang dah sebulan tak balik rumah. biasa lah kucing jantan memang tak balik rumah. tapi tak lah smpai sebulan. lagipun haritu dia ada balik kejap. badan dia memang ada luka. gaduh la kot. sekarang dah lama tk balik. dah mati lah tuh. :( kucing ni kekadang memang tak kan mati kat rumah kalau dia tahu hayat dia dah tak panjang. tak nak tuan sedih mungkin ;'(
 
apa apa pun panjang we loveee youuu. much love <3
 
i always love you panjang     


 love,
Nora Silah,
Peace Yaw 
 ..../\„,„./\
...( =';'= )
.../*♥♥*\
.(.|.|..|.|.)
 

Saturday, March 10, 2012

Ada Geng Baru

.بسم الله الرحمن الرحيم 
salam w.b.t
Kucing kucing kat rumah gelisah sejak akhir-akhir ni. sebab mereka ada 2 geng baru. ha berbeza nya geng kali ini bukan kucing jalanan yg aku bawak balik atau kucing cantik aku curik.(oppss gurau je). tapi mereka adalah arnab!. ha. arnab ni memang dah lama nak beli  tapi tak terbeli sebab sangkar tak ada. haritu dah buat reban untuk mereka tapi aku pergi letak my Batik dan anak-anak.
okay. so my ayah beli dua arnab dan sangkar untuk mereka sekali. kitaorang beli arnab ini kat segamat okay.rumah kat nogori. imagine dalam perjalanan selama 2 jam setengah tuh bawak arnab dlm kereta. hahha. mesti pening arnab tuh. tapi apa-apa pun mereka selamat sampai rumah. 
here they are. heee


mereka kecik lagi. masih tak tahu apakah jantina mereka. usia mereka dah sebulan. okayy. apakah nama mereka? hm arnab putih tuh awang dan sebelahnya bad (nama penuh badul).
hahaha. ayah yg suruh letak nama melayu. yelah. asik nak nama omputih je. sesekali tuh bagi yg nmpk kemelayuaan. tak kisah sebab mereka sangat la comel. :)


rumah mereka dalam sangkar tuh. tapi petang2 selalu lepas kan mereka. biar mereka bebas berlari di laman yang luas. :)



toress jumpa kawan-kawan baru :) arnab dan kucing boleh berkawan. :)


tapi kena jaga-jaga sebab ada kucing yang sgt nakal. dia ingat arnab ni mainan dia ke hape? contohnya macam yg kat bawah ni. hahaha


masa lepas awang dan bad ni, kucing yg otai2 tak ada kat rumah. cuma tinggal yang otai baru nak up macam kucing hitam kat atas. nama dia sol (nama penuh shamsol). aku tahu sol ni niat dia baik nak berkawan tapi kadang cara gurauan dia cuak jugak. tengok dari cara dia hendap awang dan bad. 

cuak tak? okay jgn risau. awang dan bad dlm pengawasan aku dan ayah. hehe. kelakar lah sol. but suddenly kan my jantung mcm nak gugur bila tengok sol kejar bad dan tangkap. dia tak gigit pukul2 ke tapi cuma gurau2. ala mcm kucing gurau dgn kucing. tahu? tapi macam tak sesuai lah kalau sol dgn bad. bad tak leh melawan. tak pasal2 pulak arwah bad kang. hmmm. sol memang nakal. kaki tuan pun dia suka gigit apatah lagi bnde2 lain kan.

awang dan bad kecik lagi. tapi kalau mereka dah besar nanti ayah cakap ayah nak lepaskan je mereka. biar mereka kawan2 dengan kucing kat rumah. heee.


Love,
NOraSilah,
PeaCE YaW

Thursday, March 8, 2012

Miau Comel + lawak

.بسم الله الرحمن الرحيم 
salam w.b.t







comel je mereka kan :)


LOve,
ns ^_^

Miau Nak Amik Exam

بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam w.b.t

My final exam is just around the corner!. tak lama lagi je iaitu bermula pada minggu hadapan. ada 4 paper nak ambil. arggghhhhhh. stressss.


siapa tak stress kan? buku banyak nak baca, nak faham, nak hafal. tapi tak apalah pergorbanan demi masa hadapan. hehe. musim2 macam ni memang menapak kat library sampai lebam. langkah wajib buat time dah nak final adalah....

miau dah deactive fb
deactive fb? sampai bilakah cubaan ni akan berjaya?.. entah lah. hehe. dan yang pasti si empunya diri akan belajar sampai lembam demi mencantikkan pointer yg memang dah cantik?  perlu kan kemajuan. ^_^

akibat belajar sampai lebam mungkin?
Hopefully final exam yg bakal diduduki berjalan dengan lancar. semoga Allah s.w.t mudahkan segala urusan. insyaAllah. :)


Love,
norasilah :)
PEacE yaw



Love,
NoraSilahRahim

Friday, March 2, 2012

PutEh PerGi UnTuk SeLaManYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam w.b.t


Kucing yang tertua pernah aku bela dah pergi untuk selamanya.akhir sisa-sisa hidup dia memang sedih sangat. dia sakit dan semakin kurus. lagipun dia dah tua
Puteh asalnya kucing jalanan yang tetiba je datang rumah aku. lepas tuh buat macam rumah sendiri. tapi dia baik dan suka 'mengeleseh' kat orang.


*sekarang dia dah tak da. maka berkurang lah seekor kucen kat rumah. :(




#gambar kat bawah sewaktu dia sakit. makin kurus. mak cakap dia mungkin sakit sebab suka makan benda-benda kotor.macam cicak ke, tikus ke. 


sedih je dia
sayang puteh walau ada byk kucing lagi. muaaahhh..


LoVe,
NORaSilah..

.../\„,„./\ 
...( =';'= )
.../*♥♥*\ 
.(.|.|..|.|.)








Monday, February 27, 2012

rumah batik


بسم الله الرحمن الرحيم 
salam w.b.t

Rasa mcm dah lama je tak hapdate blog. Aku sibuk sangat dengan perkara dunia- dunia ni jadi memang tak sempat lah nak hapdate hape hape. tapi alhamdulilah hari ni sambil-sambil buat aseimen ni adalah mood sikit nak hapdate blog. 

Aku nak bercerita pasal kisah kucing aku yang baru je aku adopt. tak lain tak bukan kisah batik dan anak-anak lagi. hehe. sekarang mereka dah ada rumah sendiri tau. lawak lah. rumah mereka tuh dah macam reban ayam pun hado. asalnya nak bela arnab dan nak letak arnab dlm rumah tuh. tapi alih-alih bagi batik je sebab dia lebih memerlukan.

ini lah rumah batik dan anak-anak sekarang
batik dan anak-anak (toress dan kaka) sihat-sihat je. sekarang mereka masih lagi dalam proses bersuai kenal dgn kucing2 lain kat rumah tuh. hmm suasana agak dingin lah jugak mungkin kucing2 kat rumah tuh terkejut ada kehadiran orang baru lah katakan. batik pun boleh tahan jugak garang nya. aisehh.

kucing aku lebih2 lagi si panjang (ada entry pasal dia) a.k.a gengser taman memang asik nak cari pasal je kerja nya. mungkin jeles kot ada orang baru dlm kwasan dia..
hope batik, toress dan kaka boleh baik-baik lah dgn kucing-kucing lain kat rumah tuh. hopefully.. mak cakap mula-mula biasa. cuba lama-lama nanti.

Batik nampak selesa kat tempat baru

#suka tgk budak-budak kecik ni main-main :)



hopefully batik, toress dan kaka selesa lah dengan rumah baru yg mereka dapat tuh.
tak lupa terima kasih lah ayah sebab bagi batik rumah tuh walau pun pada asalnya nak letak arnab yang dia nak beli. hehe
sekarang aku dah berada di rumah sewa aku. apa kabar lah ye kucing-kucing semua. terima kasih lah jugak kat mak sebab tolong jaga dorang sekali. hehe <3

*btw, kucing aku nama ##Ling baru aje beranak. anak nya 3 ekor. tak tahu nak bagi nama apa. hehee..


Love,
NoraSilah
PeacE Yaw ^_^


Wednesday, February 15, 2012

BaTiK DaN AnAk-AnAkNya

Salam w.b.t




Ingat lagi tak kucing nama batik ini? ha dia kucing yang aku yang selalu datang rumah sewaku dan kemudian terjumpa masa jejalan kat kampus dulu sebab ada orang buang dia situ. Aku ada buat entry pasal dia .Batik.   Alkisahnya kawan aku cakap batik dan anak-anak ada sekarang ada dekat bangunan sl (blok kuliah). Kesian.
Jadi semalam lepas habis kelas, aku pun menuju ke bangunan yang dimaksudkan tuh. Cari punya cari tak jumpa pun. Tanya orang-orang kat situ kot kot ada jumpa kucing dalam kotak dan anak-anaknya. Tapi hampeh mereka tak tahu jugak. 
Lepas tuh tetiba aku nampak batik. Dia duduk depan kelas orang. Kesian sangat. Tak ada siapa pedulikan dia pasal semua kelam kabut pergi kelas. Maklumlah masa tuh da pukul 2 something which is waktu puncak student pergi kelas. ^_^
comel tak dia? saya bagi dia nama torres (anak batik)
Aku pun amik lah batik menuju ke kereta dan bagi makan whiskies sambil ditemani sahabatku. Then, aku pergi balik tempat kejadian cari anak-anak batik tapi tak jumpa pun. beberapa kali gak lah aku pusing2 blok tuh. Then, aku pergi ke tempat yang aku jumpa batik tadi. Seorang ibu mesti tak tinggalkan anak jauh-jauh.


Nama dia KAKA
Alhamdulilah akhirnya aku jumpa!. bukan dalam kotak okay. tapi dalam rak-rak student letak beg. itupun macam mana aku terpandang mereka. yeahhh.
Then, aku bawak 2 ekor anak kucen dan ibu nya balik rumah. yahhhoooo ;)
sedap anak dia landing hahha
macam kembar





..../\„,„./\ 
...( =';'= )
.../*♥♥*\ 
.(.|.|..|.|.)


love, 
norasilah,
PeaCe YaW,,

Tuesday, February 14, 2012

PerSinGGaHaN SeeKoR KuCiNG

Salam w.b.t


miau miau
Masa aku menetap di kolej (asrama ) dulu ada seekor kucing ni suka sangat datang bilik aku. Mungkin sebab bilik aku ini tingkat satu jadi dia pun selalu lah datang. Dia seekor kucing betina yang sedang bunting. Bulu dia bersih je. Agaknya dia sedang mencari tempat untuk beranak kot. Dia jinak tapi kekadang tuh garang pulak. biasalah tuh. Tengah pregnant kan. 


buncit perut dia. bunting ni.


menyeludup masuk. bhahaha


suka suka je dia nak masuk bilik kita kan. haha. apa cerita lah dia sekarang ye. apa-apa pun sempat snap beberapa gambar dia. (^_^)


..../\„,„./\ 
...( =';'= )
.../*♥♥*\ 
.(.|.|..|.|.)
Love,
norasilah
peace yaw

Sunday, February 12, 2012

KucIng BerLakon KenA TeMBak




* kenapa dia sangat comel ni. gerammmmm GRRR






Love,
norAsilah :)

Sunday, February 5, 2012

KoPeral Garfield






# In memory Koperal Garfield. Rest in Peace Yaw.


Love,
NOraSilah.
Peace Yaw

Wednesday, February 1, 2012

AnAK KuCiNg HuTaN


Salam w.b.t
Aloha.


Alkisahnya dulu aku ada terjumpa kucing hutan ini. Comel gila. Bulu cantik sangat. Kisah ini bermula disuatu senja aku terdengar bunyi kucing yang sangat pelik. Bunyi suara kucing tuh macam dia sakit tekak. (serius tak tipu). Macam bunyi kucing sakit kena langgar pun ada. Aku pun terintai-intai cari mana datang bunyi. Then, terjumpa anak kucing ni ngah jejalan sambil mengiau giau. Bulu dia cantik. Memang sah lah kucing hutan.


Nak ambil tapi dia liar sangat. Berterabur dia lari bila aku datang dekat. Aku pun lupakan jelah hasrat dihati nak ambil dia. Then, malam tuh pukul 2 pagi. Aku terjaga dari tidur dengar bunyi kucing tuh lagi. Aku pun berani kan diri keluar pergi cari kucing tuh. Belakang rumah aku ada hutan kelapa sawit. Kucing hutan tuh datang nya dari situ lah. Aku senyap-senyap pergi kat tepi hutan cari dia. Kol 2 pagi kot. Gila. Masa pergi tak fikir cuak ke hape kan. Lagi pun masa tuh kucing aku pun ada sibuk mengikut.


Lawa kan bulu dia.
Then, tetiba kucing hutan tuh datang. Kucing hutan tuh pergi kat kucing aku. Aku pun apa lagi tangkap dia bawak balik rumah. hehe. Then mak aku bangun, tak pasal-pasal aku kena marah. haha. Tapi reda lah marahnya sebab aku berjaya bawak si comel tuh. kwang kwang. Dia dari kucing yang lain. Tak makan whiskies2 ni. Dia makan buah limau tau. Then bagi makan ayam mentah. yelah dia kan kucing hutan. 


Esok hantar pergi kedai haiwan. Kena ada lesen tau nak bela dia. Tapi akhirnya lepaskan dia kat hutan balik. Sebab orang kedai haiwan tuh cakap dia tak sesuai habitat macam kucing yang lain ni. dibelai dimanja. Dia liar. Nanti dia boley mati. Kalau bela dia dari baby tak apa. Then hantar dia kat hutan balik. So, sad. :(


Comel dia. Geram
# Macamlah agaknya dia sekarang. entah hidup ke tak. :)


Love, 
NoRaSiLaH
PeACe YaW,,,,