Click here for Myspace Layouts

Pages

Sayang Mereka

JOm Klik SeSame. TenGok Apa Yg Ader

Sunday, January 22, 2012

Dia GenGster TaMan Aku

Salam Wbt.


Siapakah gengster taman aku ni? Ni lah yang aku dok nak habaq ni. Meh. Mari dekat. Mari dekat. Gengster ni bukan sebarangan gengster. Muka Jambu tapi perghh. Kalau sekali pandang orang punya lah kerek gila.   Selalu pandang orang dengan muka "tak puas hati" gitu. Muka macam nak kena penampar pun ada. ( tampar manja)


Gengster yang dimaksudkan tak lain tak bukan salah seekor kucing jantan belaan aku. Nama dia Panjang. Motif bagi nama macam tuh sebab badan dia panjang. hehe.
Dia berbulu pendek dan berwarna kelabu,putih dan hitam. itu dia :)


sedang memikirkan masa hadapan


Comel? Hensem? yeah i know it. Susah nak jumpa gengster taman yang comel dan hensem macam ni. Yelah selalu muka gengster ni semua stok calar balar, ada parut, badan luka-luka. Panjang ada parut jugak tapi tak nampak pasai dia pandai cover dengan bulu dia
Serius tak tipu. Dia memang gengster taman. Semua kucing takot dia. Kucing lain pandang skit je dia da jeling. Ada yang sampai berterabur lari tengok dia. haha. Panjang memang pantang kucing lain masok kawasan dia. (masok rumah aku lah )


kerek tak? pandang tuan pun da macam ni. Pandang musuh lagi lah
Panjang kalau bagi makan tak boleh campur dengan kucing lain. Kalau makan, satu pinggan tuh dia punya. Kalau tak, ada yang free-free kena penampar. Kerek kan? aku pun geram. Nasib baik dia hensem. hmmm



Tengok tuh. Satu pinggan dia punya. Kucing itam (SOL) pun takot nak kongsi. Kang kena penampar. Kalau setakat penampar je tak apa. Buat nya Panjang halau sol dari rumah macam mana? Dia bukan nya kira. Nama pun gengster kan.


Asyik makan mana tak tembam. hehe
Gengster-gengster pun pakai rantai kucing jugak sebab tuan die letaklah. hehe. Alhamdulillah. Masih ada lagi rantai tuh kat leher dia cuma loceng je dah hilang. Haish. Tak reti jaga betul lah.
Panjang selalu tak ada kat rumah. Selalu merayau. Time lapar nak makan baru datang. haha. Nak manja-manja memang tak dapat.Jangan kan nak manja-manja nak pegang pun dia rimas.

itulah sahaja pasal gengster taman aku. 
Sekian Wassalam.


Love,
NORASilah
PEaCE YaW 



11 comments:

  1. rindu pulak kat kucing2...kt umah ni mmg ade kucing gangster...keje nk kacau anak dara org je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi nakal betol nak kacau anak dara org :)

      Delete
  2. x baek jd gengster..meh nk tarbiyah ckit jantan tu,biar jd imam kuceng..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA..tgu gengster insap dulu baru boley jadi imam :P

      Delete
  3. rasanya kucing spesis ni or yg muka macam ni mesti kene cop gangster kat mana2. kat taman teman pon ada sekor macam ni. siap kurap+parut2.. betul2 abang kawasan.

    Post terbaru: Bagaimana buat duit dengan fanpage Facebook?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gengster kucen ada di mana -mana. setiap cawangan pasti ada.

      Delete
  4. hai hai

    Mintak tolong vote eah. Pegi sini http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=24 cari blog senses of soul dan vote =)

    Yeahh...

    ReplyDelete